Manusia,
Kaulah makhluk yang paling pintar,
Kau mampu mencipta pelbagai alat,
Untuk memudahkan kerja harian,
dan juga memusnhkan keunikan alam semulajadi ini.
Manusia,
Kaulah makhluk yang paling kejam,
Kau menyiat kulit haiwan,
Kau membunuh haiwan yang berhak hidup di alam ini,
hanya untuk kepentingan sendiri.
Manusia,
Nilai-nilai murni semakin luntur dalam dirimu,
Sikap mementingkan diri semakin jelas kelihatan pada dirimu,
demi membina bangunan pencakar langit,
demi membentuk imej yang membanggakan,
Kau sanggup memusnahkan fauna,
Kau sanggup memusnahkan pemberianNya yang tidak ternilai.
Manusia,
Kau diamanahkan untuk menjaga alam ini,
Kau hanya berhak menghayatinya
Tetapi tidak berhak untuk memusnahkannya.
(Wong Siew Bin, 2001)